Program Pembelajaran di Perkampungan Orang Asli

Program Pembelajaran di Perkampungan Orang Asli

GOMBAK, 24 SEPT 2022 : Yayasan Al Baghdadi menganjurkan Program Pembelajaran di Perkampungan Orang Asli supaya lebih ramai masyarakat dapat mempelajari Al Quran dengan cara yang santai dan menyeronokkan.

Yayasan Al Baghdadi dengan kerjasama Persatuan Artis Baru (PELAPIS) sedang giat merancang program Tanggungjawab Korporat Sosial yang mengkhususkan kepada Pendidikan Al Quran di kalangan warga asnaf.

Program yang diadakan di Batu 12, Gombak itu melibatkan 40 orang peserta yang terdiri dari anak-anak masyarakat orang asli memperoleh maklumbalas positif sepanjang program yang dikendalikan oleh salah seorang pengusaha rangkaian Al Baghdadi Learning Centre (ALC) dan guru Al Quran berpengalaman, Al Fadhil Ustaz Shahrizal Zainal Abidin.

Majlis dihadiri oleh Pengarah Yayasan Al Baghdadi, Ustaz Md.Hakim Taman dan Presiden Persatuan Artis Pelapis (PELAPIS) merangkap penerbit drama stesen televisyen tempatan, Dato Hazmimi Johar dan beberapa individu penting yang lain.


photo1664075513 2

 

photo1664075513 3

 

photo1664075515

 logoagsb1

Kumpulan Al Baghdadi Merupakan Penyedia Platform Pendidikan Al Quran Tersohor di Malaysia pada abad ini.

Polisi & Penafian

Subscribe

© 2022 Al Baghdadi Group Sdn Bhd