Tamhid Al Baghddai merupakan teknik belajar membaca Al Quran yang telah diperkenalkan oleh Al baghdadi 10 tahun yang lalu. ia mula digunakan secara meluas termasuk di rangkaian Pra Sekolah Al Bgahdadi yang dikenali sebagai Al Baghdadi playtime Centre (APC). Bengkel turut dijalankan secara dalam talian bagi membolehkan lebih ramai guru mendapatkan bimbingan dari jurulatih yang berpengalaman.
.... Read More.... Read More
Kumpulan Al Baghdadi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka kali ke 63 . Sebagai sebuah organisasi yang mempelopori usaha memerdekakan umat Islam dari buta Al Quran, semestinya hari kemerdekaan ini telah menyuntik semangat baru yang berkobar-kobar untuk terus berusaha tanpa henti bagi membantu masyarakat mendekati dan mempelajari Al Quran. Pelbagai usaha telah dibuat untuk menginovasikan pendidikan Al Quran termasuk usaha mendigitalkan pendidikan Al Quran .... Read More
Ini merupakan tarikh yang sangat bersejarah bagi sebuah perjuangan pendidikan Al Quran. 1 Zulhijjah 1441 hijrah tercatat dalam sejarah Al Baghdadi apabila seklai lagi dianugerahkan dengan 2 pingat sekaligus oleh pihak Niagatimes. Niagatimes diterbitkan oleh PR Partners Asia Sdn. Bhd. pada 2013 sebagai portal dwibahasa PKS nombor satu di Malaysia. Ini ialah anugerah ke 16 dan 17 yang diterima oleh Ust Qr Haji Jalaluddin bin Haji Hassanuddin sebagai Pengasas Teknik .... Read More
Bermua 1 Julai lalu sebanyak 132 rangkaian APC yang masih aktif telah membuka operasi dan kelas masing-masing. Lebih 5000 orang kanak-kanak telah memulakan kelas dengan mengamalkan normal baru yang telah ditetapkan oleh kementerian Kesihatan dan Kementeria Pendidikan Malaysia. Ia merupakan pengalaman baru kepada kanak-kanak setelah hampri 4 bulan bercuti.
.... Read More
Hari ini Al Baghdadi mengadakan jualan penghabisan stok di Pusat Edaran Al Baghdadi yang terletak di Prima Sri Gombak. Pelbagai tawaran menarik dan diskaun belian sehingga 85% menanti mereka yang ingin membeli Modul Al Quran Hafazan Nadi. Setiap pelanggan juga akan diberi 'free gift' berbentuk buku, fail,beg,pen dan botol air. Jualan Penghabisan stok bermula jam 9 pagi Sabtu 27/6/2020.
.... Read More
FORUM ONLINE : PASCA COVID-19*
‐‐--------------------------------------------
*CABARAN, KESEDIAAN DAN HALATUJU INSTITUSI TAHFIZ DAN MADRASAH.*
Forum ini mengupas *SOP TAHFIZ, Cabaran, Kesediaan dan Halatuju Institusi Tahfiz dan Madrasah* dalam menjalani cabaran pasca Covid 19.
Panel :
1.PU Hafiz (Pengerusi PITAS / *Ahli Sekretariat Khas Covid 19 Institusi Tahfiz Negara*)
2.Tuan Farhan Haji Alias C.A.(M) (Ketua Pembangunan Bisnes & Jenama Al Baghdadi .... Read More
.... Read More
Bagi memastikan semua pengusaha rangkaian Al Baghdadi mematuhi SOP yang ditetapkan setelah pembukaan semua institusi pendidikan negara oleh kerajaan nanti, Al Baghdadi akan membuat lawatan ke semua pusat pembelajaran Al Quran yang terdiri daripada ALC,NAC,APC,ACC,AQLC,SRI Nadi dan APeC. Sehingga kini masih terdapat lebih kurang 900 centre yang masih aktif diseluruh negara dalam tempoh PKP yang mula diperkenalkan oleh kerajaan pada pertengahan bulan Mac yang lalu.< .... Read More
Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Muhyiddin Yassin pada hari Ahad semalam memberi sinar harapan baru kepada semua institusi pendidikan di Malaysia terutamanya institusi pendidikan swasta yang sangat terkesan dengan COVID 19.
Dalam pengumuman tersebut, semua institusi pendidikan akan mula dibuka secara berperingkat dalam sedikit masa lagi di kala semua sektor ekonomi mula diperluaskan pemb .... Read More
Pada 6 Jun 2020 lalu Al Baghdadi telah mengadakan sebuah forum yang membincangkan halatuju pendidikan awal kanak-kanak pasca COVID 19. Forum ini di hadiri oleh 2 orang panel Persatuan Tadika Islam Malaysia. Sembang santai ini juga menampilkan Pengasas Teknik Al Baghdadi, Ust Qr hj Jalaluddin Haji Hassanuddin dan Tuan Farhan Alias.Bagi yang tidak dapat mengikuti secara langsung, masih boleh menonton siaran rakaman di sini.
Berita baik buat institusi pendidikan negara, di mana kerajaan akan mula memberi kelonggaran kepada sektor ini untuk mula beroperasi pada Julai ini. Mesipun begitu pihak Kementerian Pelajaran masih meneliti SOP yang akan dilaksanakan di semua sekolah termasuk institusi tadika. Namun begitu Institusi Pendidikan Tinggi bakal mula beroperasi Julai ini.
Kebimbangan yang disuarakan oleh para pengusaha Kelas Mengaji Al Quran Al Baghdadi (ALC) di seluruh negara ada munasabahnya. Setelah hampir 3 bulan kelas mengaji ditutup manakala hampir lebih 1000 orang guru Al Quran telah hilang pekerjaan.
Sehubungan itu, ibu pejabat Al Baghdadi telah mula mengemukakan surat permohonan kepada pihak Bahagian Pendidikan Pendidikan JAIS (Selangor) bagi centre-centre di negeri Selangor sebagai lan .... Read More
Setelah hampir 3 bulan operasi pejabat Kumpulan Al Baghdadi ditutup dan sebahagian staf melakukan kerja dari rumah (WFH), insyaAllah mulai Isnin 1 Jun 2020, pejabat Kumpulan Al Baghdadi akan dibuka semula dan beroperasi seperti biasa dengan mengamalkan SOP keselamatan dan kesihatan seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
.... Read More
Hari ini Ust Farhan Alis yang merupakan salah seorang ketua pegawai eksekutif di Kumpulan Al Baghdadi telah dijemput menyampaikan perkongsian pengurusan kewangan kepada para pengusaha tadika . Ia merupakan anjuran Persatuan tadika Islam Malaysia
.... Read More