Kenali

Pengasas Teknik Al Baghdadi

Image

PRAKATA PENGASAS

ALHAMDULILLAH, dengan penuh takzim kami memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT yang denga izin-Nya telah dapat kami menyusun pelbagai program Pendidikan Al Quran Sepanjang Hayat bermula dari A dalam kandungan sehingga usia emas.

Bermula tahun 2009, perjalanan Al Baghdadi dari tahun ke tahun dengan dinamiknya hanyalah dengan satu tujuan iaitu memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memartabatkan pendidikan Al Quran kepada masyarakat Malaysia khususnya dan antarabangsa amnya.

Teknik AI Baghdadi membawa konsep dan pendekatan kontemporari dalam pengajaran dan pembelajaran Al Quran. Ianya menepati ciri-ciri yang diperkenalkan oleh Howard Gardner dalam teorinya Multiple Intelligence atau Kecerdasan Pelbagai yang melibatkan penggunaan otak kiri dan otak kanan dalam setiap pembelajaran.

Keperluan kepada transformasi pendidikan Al Quran serta minat dan kesedaran masyarakat mencari teknik kontemporari pendidikan Al Quran menyuntik semangat dan inspirasi kepada kami di Al Baghdadi dalam memperkenalkan Teknik Al Baghdadi. Melihat kepada cabaran yang dihadapi serta peningkatan minat masyarakat, idea memperkenalkan Al Baghdadi Learning Centre (ALC) merupakan pendekatan terbaik dalam menyediakan platform berfokus kepada penyediaan Pusat Pembelajaran Al Quran Teknik Al Baghdadi.

Bermula dari situ dan matlamat kami untuk membangkitkan kesedaran kepada keperluan pendidikan Al Quran yang berterusan bagi melahirkan generasi genius Al Quran, kami berusaha merangka, menyusun dan membentuk pelbagai program lain dan meluaskan rangkaian pendidikan Al Quran untuk semua peringkat umur bermula dari dalam kandungan, peringkat taska, tadika, sekolah rendah, pusat pembelajaran Al Quran, pusat hafazan Al Quran dan pusat bahasa Al Quran.

Semoga usaha kecil ini dapat menyumbang ke arah melahirkan generasi masa depan celik Al Quran dan menghasilkan generasi yang lebih terdidik jasmani, emosi dan rohaninya melalui Al Quran.

USTAZ QR HAJI JALALUDDIN BIN HAJI HASSANUDDIN
Pengasas Teknik Al Baghdadi
Al Baghdadi Group Sdn Bhd

 logoagsb1

Kumpulan Al Baghdadi Merupakan Penyedia Platform Pendidikan Al Quran Tersohor di Malaysia pada abad ini.

Polisi & Penafian

Sila hubungi pegawai kami atau berhubung terus melalui email ke info@albaghdadigroup.com

Chat melalui WhatsApp
Close and go back to page
© 2023 Al Baghdadi Group Sdn Bhd