Kursus teknik Al Baghdadi berjalan dengan lancar, disampaikan oleh Tuan Farhan Hj Alias, Pengarah Jabatan Pembangunan Perniagaan Al Baghdadi dengan kehadiran oleh guru-guru di centre Al Baghdadi iaitu dari APC Putra Perdana, APC Abadi Height dan ALC Seksyen 14, PJ. Kursus ini juga turut dihadiri oleh orang awam yang terdiri daripada pelajar di Akademi Al Baghdadi dan mereka yang berminat untuk membuka centre Al Baghdadi. Kelas telah berlangsung dengan lancar dan peserta menunjukkan kesungguhan mempelajari teknik Al Baghadadi. Antara respon yang diterima daripada peserta kali ini adalah mereka berasa teruja untuk memulakan sesi bacaan dengan ketukan dan pembelajaran terasa mudah dengan bantuan pengajar iaitu Tuan Farhan Hj Alias. Semoga kelas ini memberikan manfaat kepada peserta dan dapat dipraktikkan kepada anak murid.
Terima kasih kepada Pengusaha dan Guru-Guru yang sudi hadir dan sama-sama menjayakan kelas kali ini. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat memberi manfaat untuk diri sendiri seterusnya kepada bakal pelajar nanti.
Alhamdulillah selesai sudah training khusus bagi Modul-modul Transit Al Baghdadi yang meliputi modul Nadi Tamhid, Nadi Solat dan Hafazan Juzuk 30 yang telah diadakan di 3 buah negeri iaitu di Johor (14 Januari 2023), Negeri Sembilan (21 Januari 2023) dan Selangor (27 Januari 2023). Terima kasih diucapkan kepada semua 60 centre Al Baghdadi yang mengambil peluang untuk mengikuti training ini. Banyak perkongsian yang dibuat bukan sahaja mengenai modul-modul transit bahkan perkongsian tentang jadual kelas, pakej-pakej kelas, aktiviti tambahan (memanah) dan lain-lain.
Terima kasih diucapkan kepada semua 60 centre Al Baghdadi yang mengambil peluang untuk mengikuti training ini.
1 Alc Coral Heights
2 Alc Rawang Mutiara
3 Alc Larkin
4 Alc Permasjaya
5 Alc Taman Sri Saujana Kota Tinggi Johor
6 Alc Puchong Utama
7 Apc Kota Masai
8 Apc Sinaran Baru
9 Alc Kajang Perdana
10 Alc Parit Bakar
11 Alc Sg.Abong
12 Alc Sungai Abong
13 Alc Setia Tropika
14 Alc Bandar Baru Nilai
15 Alc Taman Tuanku Jaafar
16 Alc Yong Peng Batu Pahat Johor
17 Alc Scientex P Gudang
18 Alc Adda Heights Johor
19 Alc Selandar
20 Alc Ampangan, Seremban
21 Alc Puncak Alam
22 Alc Sungai Abong Muar
23 Alc Seri Andalas
24 Alc Bypass
25 Alc Nusa Idaman
26 Alc Seksyen 7 Shah Alam
27 Alc Beranang
28 Alc Tongkang Pechah Batu Pahat Johor
29 Alc Taman Dato Ahmad Razali
30 Alc Sri Gombak
31 Alc Tmn Kjg Utama
32 Al Baghdadi Bukit Payong Putera
33 Alc Kampung Baru
34 Nqlc Jurong West
35 Alc Kulai
36 Apc Bandar Seri Alam
37 Nac Nong Chik
38 Nqlc-Yishun & Nqlc-Sembawang
39 Nqlc Geylang
40 Apc Setia Tropika
41 Neuro Nadi Singapore
42 Nqlc Bukit Batok
43 Alc Taman Permata
44 Alc Parit Sulong
45 Alc Bandar Indah
46 Alc Bandar Lahad Datu
47 Nqlc Jurong West
48 Alc Pekan Semenyih
49 Alc Sendayan
50 Alc Batu Belah
51 Alc Sungai Kechil Nibong Tebal Seberang Perai
52 Alc Taman Abu Bakar Raub
53 Alc Bemban Height
54 Alc Senawang
55 Alc Seri Iskandar
56 Alc Danau Kota
57 Alc Amanjaya
58 Alc Puchong Utama
59 Alc Gurun
60 Alc Desa Pandan
Semoga segala ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Kini kami bersedia untuk pengambilan transit bagi 2023. Maklumat lanjut, boleh layari albaghdaditransit.com.
Memiliki seorang pemimpin sangat penting dalam sebuah organisasi. Pemimpin yang bagus adalah pemimpin yang boleh membentuk lebih ramai pemimpin dibawahnya untuk sama-sama berkembang dan memajukan misi dan visi syarikat.
Penting bagi seorang pemimpin untuk sentiasa berkongsi ilmu dan menjadi contoh yang terbaik untuk semua team dibawahnya. Mengenalpasti kekuatan yang team ada dan cuba untuk mengatasi semua kelemahan ke arah suasana bekerja yang lebih baik.
Dalam era globalisasi masa kini, kita perlukan kerjasama daripada semua team untuk bergerak ke hadapan dengan lebih cepat. Setiap orang dilahirkan dengan kelebihan atau kepakaran masing-masing. Mengenalpasti semua kekuatan dan mengagihkan tugasan mengikut kepada kepakaran masing-masing. Jom sama-sama kembangkan lagi sayap Pendidikan Al Quran Al Baghdadi.
š7 ššš§š®šš«š¢ šššš Serahan sebanyak 200 naskhah Al Quran Terjemahan hasil sumbangan para pewakaf telah diserahkan kepada wakil mahasiswa Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) pada Majlis Kongsi Kasih Wakaf Al Quran Yayasan Al Baghdadi yang diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) . Al Quran tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Yayasan Al Baghdadi, Haji Nazree Haji Mohd Yunus. Turut serta dalam majlis tersebut ialah Dekan FQPS, Profesor Madya Dr. Mohd Zohdi Mohd Amin.
Alhamdulillah tamat Roadshow Taklimat dan Bengkel Latihan Tentang Penggunaan Modul Baru untuk Tadika APC Al Baghdadi (tadika Al Quran dan hafazan pertama di Malaysia) selama 2 hari iaitu pada 14 dan 15 Januari 2023. Seramai 180 orang peserta dari 40 APC telah terlibat dalam taklimat ini.
Pengakhiran bengkel di tempat dan dewan yang sangat cantik dan kemudahan yang sangat memuaskan. Terima kasih kepada Team Pengusaha dan guru-guru Zon Negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur atas kehadiran dan kerjasama serta komitmen yang hebat.