Masih belum terlewat untuk Kumpulan Al Baghdadi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke 65 kepada semua rakyat Malaysia. Mari bersama memerdekakan diri dari kejahilan dan sikap yang buruk dengan menekuni Al Quran dan mengubah mengambil pelajaran dari Firman Allah yang diwariskan oleh Baginda Rasulullah kepada kita semua.
Untuk julung kalinya, Akademi Pendidikan Awal Kanak-Kanak Al Baghdadi (PAKA) mengadakan 1st Annual Conference APC yang bertempat di Movenpink Hotel & Convention Centre, KLIA.
Persidangan yang pertama kali diadakan itu dihadiri oleh 200 orang peserta yang terdiri daripada pengusaha rangkaian Al Baghdadi Playtime Centre (APC) dari seluruh Malaysia.
Persidangan tersebut dirasmikan oleh Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia merangkap penasihat PAKA, Prof Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh, diiringi oleh Pengasas Teknik Al Baghdadi, Ustaz Qr Haji Jalaluddin Haji Hasanuddin dan Pengarah Akademi Pendidikan Awal Kanak-Kanak Al Baghdadi, Prof. Dr. Mahani Hj Razali.
Antara panel jemputan yang memberikan wacana bagi persidangan tahun ini adalah Pensyarah Kanan Kolej Polytech MARA, Dr. Mazeni Ismail, Pengarah Al Baghdadi Pentagon Math, Che Man Congak dan Pengarah PAKA, Prof. Dr. Mahani Hj Razali.
Dengan bertemakan 'Inovasi Pendidikan Awal Kanak-Kanak Berteraskan Al Quran', wacana yang disampaikan menfokuskan tentang inovasi dan kreativiti serta hala tuju aspek pendigitalan di kalangan pengusaha rangkaian tadika Al Baghdadi.
Seramai kira-kira 250 orang anak-anak yatim dari 5 buah Rumah Anak Yatim di sekitar Gombak bakal mengikuti Program Pemantapan Al Quran yang dianjurkan oleh Yayasan Al Baghdadi. Program setengah hari ini merupakan program CSR Kumpulan Al Baghdadi bagi membantu golongan anak yatim untuk meningkatkan keupayaan dan minat terhadap Al Quran. Dengan menggunakan pendekatan Teknik Al Baghdadi, pelbagai masalah asas membaca Al Quran seperti sebutan makhraj dan 6 kemahiran Asas Membaca AL Quran dapat dipertingkatkan.
Sumbangan dari orang ramai untuk menjayakan program ini , bolehlah menghulurkan sumbangan ke akaun Yayasan Al Baghdadi atauKlik Di sini untuk membuat sumbangan secara dalam talian
Warga Pantai Timur terutama Negeri Kelantan berpeluang mengikuti Program 'Kuasai Teknik Al Baghdadi' yang bakal menggabungkan Teknik Al Baghdadi, Muqaddam dan Hafazan Nadi yang sangat unik dan berkesan dalam mempelajari asas membaca dan menghafaz Al Quran.
Tambahan pula , kursus selama 2 hari ini dikendalikan sendiri oleh Pengasas Teknik Al Baghdadi iaitu Ustaz Qr Haji Jalaluddin bin Haji Hassanuddin di Institut Latihan FAMA di Kota Bharu. Sehingga kini kira-kira seramai 35 orang telah mengesahkan penyertaan .
Penyertaan masih terbuka , sila KLIK DI SINI untuk mengetahu lebih lanjut atau mendaftar atau hubungi Hotline Akademi Al Baghdadi di no 010 336 4427
Satu acara besar bakal dianjurkan oleh Al Baghdadi pada hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke 65 pada 31hb Ogos 2022 ini iaitu APC Annual Conference. Ini merupakan program julungkali diadakan oleh Al Baghdadi bagi memberi input yang sangat berguna kepada para pengusaha dan juga guru-guru APC.
Pengisian Wacana Ilmu akan disampaikan oleh pakar-pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanank. Di antara objektif lain program ini ialah
l. Meningkatkan pengetahuan peserta tentang kepentingan pedagogi dan keberkesanan Pendidikan Awal Kanak-Kanak berteraskan Al Quran.
Il. Memberi pendedahan kepada peserta tentang inovasi dan kreativiti dalam pendidikan awal kanak-kanak berteraskan Al Quran.
Ill. Memperkenalkan Akademik Pendidikan Awal Kanak-kanak Al Baghdadi (PAKA) sebagai peneraju utama dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
IV. Memperkenal dan menjadikan APC sebagai pilihan utama Ibubapa Di Malaysia.