- Berita Terkini
- Hits: 252
Al Baghdadi Gold, Produk Baru Untuk Perkukuh Ekonomi & Pendapatan Pengusaha
Al Baghdadi telah memulakan langkah awal memperkenalkan Emas 1gm pada tahun lalu sebagai usaha membantu para pengusaha Pusat Pembelajaran Al Quran Al Baghdadi diseluruh Malaysia yang telah terkesan dengan pendemik covid 19.
Kini dengan usahasama dan bimbingan dari pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPIEM) yang terkenal dengan perkhidmatan Ar-Rahnu YAPIEM, Al Baghdadi lebih yakin untuk menjadikan emas sebagai satu pelaburan jangka panjang yang boleh disertai oleh semua masyarakat di Malaysia. Selain emas 1gm, Al Baghdadi juga memperkenalkan Emas Dinar yang direkabentuk sendiri oleh YAPIEM. Semua emas ini boleh dan sahlaku digadaikan di cawangan Ar Rahnu YAPIEM di seluruh Malaysia.
Majlis simbolik penyerahan Gold Bar disampaikan oleh Puan Nur Faezah Hadzir - Ketua Bahagian Operasi YaPEIM Gold kepada Pengasas Teknik Al Baghdadi Ustaz Qr Haji Jalaluddin Haji Hassanuddin Al Baghdadi.
Orang ramai boleh membuat tempahan << DI SINI >>.pembayaran boleh dibuat semasa menerima emas tersebut.
- Berita Terkini
- Hits: 252