Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara UiTM dan Pentagon Math

Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara UiTM dan Pentagon Math

Pada 9 Jun 2023, satu Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA dan Pentagon Math Sdn. Bhd. serta Majlis Pertukaran Perjanjian Tanpa Pendedahan (NDA) dengan anak syarikat FGV Holdings Berhad, iaitu FGV Agri Services Sdn. Bhd., dan FGV R&D Sdn. Bhd telah diadakan di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam

Antara objektif MoU diantara UiTM dan Pentagon Math:

1. Berkolaborasi dan bekerjasama melalui program pemasaran yang dilaksanakan oleh Pentagon Math bagi memperkenalkan produk-produk yang dihasilkan ole pihak UITM

2. Berpeluang menggalakkan pemindahan ilmu oleh pihak UiTM kepada sasaran komuniti dan industri bagi tujuan memperluas dan memperkukuhkan penguasaan ilmu dalam kalangan masyarakat awam

3. Berpeluang menjadi platform untuk melahirkan pakar dalam bidang al-Qur'an, matematik dan Perakaunan

4. Memberi peluang kepada staf UITM umumnya dan staf UiTM Cawangan Pahang khasnya untuk meningkatkan jaringan penyelidikan, penulisan, inovasi dan konsultansi secara langsung dengan pihak industri

5. Menyumbang kepada PI UiTM Cawangan Pahang

Manakala, objektif NDA diantara UiTM dan FGV:

1. Peluang menjalankan penyelidikan dan penulisan bersama di antara penyelidik UiTM Cawangan Pahang dan penyelidik dari FGV khususnya PPPTR

2. Penghasilan buku "The Story of Tekam and its Diversity"

3. Mewujudkan COE yang dikenali sebagai International Center of Oil Palm (ICOP) di PPPTR

4. Program pensijilan dan pengijazahan melalui modul-modul yang telah dibangunkan oleh ICEPS

5. Mengadakan Seminar i-ESG 2023 dengan kerjasama bersama di antara UiTM dan FGV

6. Menganjurkan program-program atau latihan bertemakan Environment, Social & Governance (ESG) di UiTM dan juga PPPTR

Upacara pertukaran Memorandum Persefahaman ini telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Wan Mohd Nazri Wan Abdul Rahman, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri UiTM Cawangan Pahang, yang mewakili Naib Canselor Universiti Teknologi MARA dengan Encik Muhammad Farhan Haji Alias C.A. (M), Pengarah Urusan Al Baghdadi Pentagon Math Sdn Bhd beserta Delegasi Al Baghdadi Pentagon Math dan Tuan Haji Romzi Ishak, Ketua Divisyen Research & Development FGV Holdings Berhad beserta delegasi FGV Holdings Bhd.

Antara jemputan dalaman yang hadir adalah Professor Dr. Haslinda Yusoff, Dekan Fakulti Perakaunan, Professor Dr. Nor Azura Md Ghani, Pengarah RMC UiTM dan Dr. Norshahidatul Akmar Mohd Shohaimi, Koordinator RMU, UiTM Cawangan Pahang

 Group Photo PM 1

Sumber : https://fpnpahang.blogspot.com/2023/06/majlis-pertukaran-memorandum.html

 logoagsb1

Kumpulan Al Baghdadi Merupakan Penyedia Platform Pendidikan Al Quran Tersohor di Malaysia pada abad ini.

Polisi & Penafian

Sila hubungi pegawai kami atau berhubung terus melalui email ke info@albaghdadigroup.com

Chat melalui WhatsApp
Close and go back to page
© 2023 Al Baghdadi Group Sdn Bhd