Dua buah Centre ALC baru dibuka, menerima Sijil Penghargaan

Dua buah Centre ALC baru dibuka, menerima Sijil Penghargaan

Dua buah Centre ALC telah diberi sijil penghargaan pada malam Majlis Khatam Al Quran & Iftar Perdana Al Baghdadi 2023. Sijil disampaikan kepada pengusaha ALC Taman Pelangi, Sentul (Tuan Muhammad Fauzul Fitri B Zakariah ) dan ALC Parit Sulong (Puan Siti Nur Hamizah Bt Sheikh Abdul Jamil)

ALC merupakan Pusat Pembelajaran Al Quran yang menyediakan program pembelajaran Al Quran dari peringkat asas sehingga advance. Kini ALC telah menawarkan program persijilan yang sistematik dan bermodul.

Pelajar yang telah tamat pengajian di ALC boleh meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi di Akademi AL Baghdadi dengan menyertai Sijil Talaqqi Al Quran Bersanad, Sijil Asas Perguruan Al Quran , Sijil Asas Kemahiran Talaqqi dan Sijil Asas Kemahiran Tadabbur yang boleh melayakkan mereka menceburkan diri sebagai Guru Al Quran mahupun sebagai Pengusaha Pusat Pembelajaran Al Quran.

 DSC2530

Puan Siti Nur Hamizah Bt Sheikh Abdul Jamil dari ALC Parit Sulong

 

 DSC2526

Tuan Muhammad Fauzul Fitri B Zakariah dari ALC Taman Pelangi, Sentul

 logoagsb1

Kumpulan Al Baghdadi Merupakan Penyedia Platform Pendidikan Al Quran Tersohor di Malaysia pada abad ini.

Polisi & Penafian

Sila hubungi pegawai kami atau berhubung terus melalui email ke info@albaghdadigroup.com

Chat melalui WhatsApp
Close and go back to page
© 2023 Al Baghdadi Group Sdn Bhd