Nasyrul Quran Alukan Kerjasama Dengan Al Baghdadi

Nasyrul Quran Alukan Kerjasama Dengan Al Baghdadi

Majlis Khatam Al Quran dan Iftar Perdana Al Baghdadi 2023 menjadi acara tahunan yang bermakna kepada Kumpulan Al Baghdadi dan Yayasan Al Baghdadi. Selain dapat meraikan kejayaan mereka yang telah berjaya menamatkan pembelajaran Al Quran di centre ALC, majlis ini juga bagi memberi penghargaan kepada para penyumbang dana infak dan wakaf Yayasan Al Baghdad.

Kali ini, Al Baghdadi telah menjemput Yang Berhormat Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Aseh Bin Haji Che Mat, Pengerusi Lembaga Penasihat di Nasyrul Quran bagi menyampaikan ucaptama,seterusnya merasmikan Majlis Khatam Al Quran dan Iftar Perdana 2023 serta Pelancaran Infak Pembangunan Klinik bersama Usraa Care.

Dalam ucaptamanya Tan Sri memperkenalkan latar belakangnya sebagai mantan pegawai tinggi kerajaan di beberapa buah jabatan seperti Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imegresen, Pos Malaysia dan pernah juga menjadi Dato Bandar Putrajaya.

Beliau berterima kasih kerana dijemput merasmikan Majlis Khatam Al Quran & Iftar Perdana Al Baghdadi bagi tahun 2023. Meskipun menolak diperingkat awalnya, namun atas dorongan isteri beliau yang juga salah seorang peserta yang telah Khatam Al Quran di Centre ALC PJ 14 Petaling Jaya dan akan menerima Sijil Khatam Al Quran pada malam tersebut. 

Beliau sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Nasyrul Quran yang merupakan Kilang Percetakan  Al Quran yang kedua tersbesar didunia selepas Kilang Al Quran di Madinah  sangat teruja untuk bekerjasama dengan pihak Al Baghdadi yang telah sekian lama menumpukan pendidikan Al Quran melalui rangkaian pusat pembelajaran al quran di seluruh Malaysia bahkan di beberapa buah negara luar seperti Australia, New Zealand, Indonesia, Brunei dan Singapore.

Apatahlagi Yayasan Al Baghdadi yang telah sekian lama mewujudkan program kempen Wakaf Al Quran. Uasaha dalam bidang dakwah boleh diperluaskan lagi dengan kegiatan menterjemahkan Al Quran kepada beberapa bahasa seperti Mandarin dan bahasa Tamil dan menjadinya wakaf Al Quran kepada saudara baru bagi kaum Tionghua dan kaum India.

 logoagsb1

Kumpulan Al Baghdadi Merupakan Penyedia Platform Pendidikan Al Quran Tersohor di Malaysia pada abad ini.

Polisi & Penafian

Sila hubungi pegawai kami atau berhubung terus melalui email ke info@albaghdadigroup.com

Chat melalui WhatsApp
Close and go back to page
© 2023 Al Baghdadi Group Sdn Bhd