Yayasan Giat Kempen 'Ramadhan Gift'

Yayasan Giat Kempen 'Ramadhan Gift'

Bulan Ramadhan memang bulan istimewa buat umat Islam diseluruh dunia. Bulan Al Quran diturunkan kepada umat manusia di akhir zaman lebih 1400 tahun yang lalu. Yayasan Al Baghdadi kali ini turut giat berkempen dengan kempen barunya 'Ramadhan Gift' berupa kempen hadiah al quran kepada mereka yang tersayang. Kita mungkin telah lama tidak membelikan @ menghadiahkan Al Quran kepada pasangan hidup (suami atau isteri). Al Quran yang ada dirumah tu adalah Al Quran hadiah hantaran sewaktu diawal perkahwinan dahulu. Di samping kita memperbanyakkan membaca dan mentadabbur Al Quran, jom kita hadiahkan Al Quran kepada ahli keluarga kita. Setiap bacaan ayat Al Quran mereka dengan menggunakan Al Quran yang kita berikan, dapat menjana pahala berlipatkali ganda di dalam bulan Ramadhan ini. Layari www.yayasanalbaghdadi.my

 logoagsb1

Kumpulan Al Baghdadi Merupakan Penyedia Platform Pendidikan Al Quran Tersohor di Malaysia pada abad ini.

Polisi & Penafian

Sila hubungi pegawai kami atau berhubung terus melalui email ke info@albaghdadigroup.com

Chat melalui WhatsApp
Close and go back to page
© 2023 Al Baghdadi Group Sdn Bhd