Kelas Tamhid 28 Januari 2023 di Wisma Al Baghdadi

Kelas Tamhid 28 Januari 2023 di Wisma Al Baghdadi

28 Januari 2023
KURSUS TEKNIK AL AL BAGHDADI
Wisma Al Baghdadi, Selayang
 
Kursus teknik Al Baghdadi berjalan dengan lancar, disampaikan oleh Tuan Farhan Hj Alias, Pengarah Jabatan Pembangunan Perniagaan Al Baghdadi dengan kehadiran oleh guru-guru di centre Al Baghdadi iaitu dari APC Putra Perdana, APC Abadi Height dan ALC Seksyen 14, PJ. Kursus ini juga turut dihadiri oleh orang awam yang terdiri daripada pelajar di Akademi Al Baghdadi dan mereka yang berminat untuk membuka centre Al Baghdadi. Kelas telah berlangsung dengan lancar dan peserta menunjukkan kesungguhan mempelajari teknik Al Baghadadi. Antara respon yang diterima daripada peserta kali ini adalah mereka berasa teruja untuk memulakan sesi bacaan dengan ketukan dan pembelajaran terasa mudah dengan bantuan pengajar iaitu Tuan Farhan Hj Alias. Semoga kelas ini memberikan manfaat kepada peserta dan dapat dipraktikkan kepada anak murid.
 
 
Terima kasih kepada Pengusaha dan Guru-Guru yang sudi hadir dan sama-sama menjayakan kelas kali ini. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat memberi manfaat untuk diri sendiri seterusnya kepada bakal pelajar nanti.
 
peserta tamhid 28 01
 
 

 logoagsb1

Kumpulan Al Baghdadi Merupakan Penyedia Platform Pendidikan Al Quran Tersohor di Malaysia pada abad ini.

Polisi & Penafian

Sila hubungi pegawai kami atau berhubung terus melalui email ke info@albaghdadigroup.com

Chat melalui WhatsApp
Close and go back to page
© 2023 Al Baghdadi Group Sdn Bhd