Terima kasih diucapkan kepada semua pengusaha Pusat Rangkaian Pendidikan Al Quran Al Baghdadi yang hadir secara fizikal di Wisma Al Baghdadi mahupun secara online dengan penyertaan sebanyak 92 orang.
Panduan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ini dirangka khusus untuk memberi panduan kepada guru-guru tentang pendekatan pengajaran yang sesuai ke arah melahirkan lebih ramai pelajar yang dapat membaca dan khatam Al Quran. Konsep piramid pembelajaran Al Qurran Al Baghdadi sangat komprehensif dan sistematik, insyaAllah.
Panduan RPH ini didatangkan sekali dengan training khusus untuk memberikan gambaran dengan lebih jelas kepada guru untuk mengendalikan kelas menggunakan panduan RPH yang disediakan. Semoga usaha murni ini dapat memantapkan lagi kualiti guru di Pusat Pembelajaran Al Quran Al Baghdadi.
Kursus akan dijalankan selama 2 hari di 5 buah negeri yang terpilih iaitu di Selangor, Pahang, Kedah, Johor dan Sabah sepanjang bulan Februari 2023. Melalui kursus ini, peserta akan didedahkan teknik microteaching yang sesuai yang akan dikongsikan oleh pengendali yang berpengalaman.
Klik link dibawah untuk mendaftar kursus lengkap panduan mengajar menggunakan RPH yang disediakan.
https://produkagsb.onpay.my/order/form/trainingrphgurualbaghdadi
Kursus ini sesuai untuk dihadiri oleh semua tenaga pengajar Pusat Pembelajaran Al Quran Al Baghdadi.
