Jom Kenali Team Khas RPH Piramid Al Baghdadi

Jom Kenali Team Khas RPH Piramid Al Baghdadi

Bermula tahun 2023, Pusat Pembelajaran Al Quran Al Baghdadi (ALC) akan secara rasminya mengaplikasikan konsep Piramid Pembelajaran Al Quran Al Baghdadi yang terbaru.

Berbanding konsep lama (3 peringkat/tahap) yang bermula di peringkat Tamhid, kemudian Tajwid dan seterusnya Talaqqi, konsep pembelajaran yang baru ini lebih komprehensif dan advanced dimana pelajar boleh menuntut ilmu Al Quran sehingga ke peringkat sanad iaitu dengan bertalaqqi direct bersama para masyaikh di bumi Mesir. Bukan itu sahaja, pelajar di ALC juga dapat menguasai bunyi asas-asas Al Quran disamping dapat menghafal beberapa surah-surah pilihan walaupun masih di peringkat asas.

Bagi memastikan bahawa halatuju pendidikan Al Quran Al Baghdadi ini dapat mencapai objektif yang diharapkan, maka terhasillah Panduan Rancangan Pengaharan Harian (RPH) khusus untuk guru dan para asatizah.

Antara orang kuat disebalik tabir menyiapkan panduan pengajaran lengkap untuk konsep Piramid Pembelajaran Al Quran Al Baghdadi ini adalah:

1- Ust. Qr Hj Jalaluddin bin Hj Hassanuddin, Pengasas Teknik Al Baghdadi
2- Ust. Muhamad Khairul Arifin Bin Ilias, Pengarah ALC Taman Permata Kuala Lumpur
3- Ustzh. Norfadzilah Binti Mustafa, Pengarah ALC Desa Pandan, Kuala Lumpur
4- Ust. Noor Shahrizam Bin Shamsul Ariffin, Pengarah ALC Taman Dato' Razali, Ampang, Selangor
5- Ust. Mohd Aizat Bin Mohd Saleh, Pengarah ALC Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur
6- Ustzh. Nurhidayah Binti Mohd Fadzil, Pengarah ALC Batu Belah Klang, Selangor
7- Ust. Mohd Naiem Bin Sarif, Pengarah ALC Bandar Pusat Jengka, dan ALC Bandar Pekan, Pahang
8- Norsaidah bt Alias, Pengarah Pendidikan Al Quran sepanjang hayat Al Baghdadi
9- Nur Amriena bt Abdullah, Pengarah Rangkaian Pendidikan Al Quran Al Baghdadi
10- Siti Nooraisyah bt Mohd Shamsuddin, Eksekutif Jabatan Pemasaran Al Baghdadi
.
Panduan ini diciptakan khas untuk guru-guru Al Baghdadi sepanjang mengendalikan kelas selama 256 sesi atau bersamaan dengan 4 tahun 8 bulan di Al Baghdadi Learning Centre (ALC). Semoga setiap usaha yang dilakukan demi pembangunan ummah dan kemajuan pendidikan Al Quran ini akan dicatatkan sebagai kebajikan yang berkekalan in syaa Allah.. Sirru ala barakatillah..

 logoagsb1

Kumpulan Al Baghdadi Merupakan Penyedia Platform Pendidikan Al Quran Tersohor di Malaysia pada abad ini.

Polisi & Penafian

Sila hubungi pegawai kami atau berhubung terus melalui email ke info@albaghdadigroup.com

Chat melalui WhatsApp
Close and go back to page
© 2023 Al Baghdadi Group Sdn Bhd