Jom Kenali Pengusaha Al Baghdadi

Jom Kenali Pengusaha Al Baghdadi

Mari kenali  pengusaha Al Baghdadi yang telah berjaya mengusahakan Pusat Pengajian Al Quran milik mereka sendiri di bawah Al Baghdadi. Pusat Pengajian Al Quran ini dilaksanakan menggunakan Teknik Al Baghdadi dan mendapat latihan serta bimbingan daripada Al Baghdadi.

Tuan Hj Rozami Bin Abdul Rahman, pengusaha dan guru Al Quran cawangan Rawang Mutiara, Selangor. Beliau mula mempelajari Al Quran di Akademik Al Baghdadi dan mula menubuhkan syarikat Dhirah Hijrah Sdn Bhd dan Al Baghdadi Rawang Mutiara, Selangor pada 2019. Beliau mempunyai kelulusan Sarjana Muda Senibina dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan pernah bekerja sebagai Arkitek di Jabatan Kerja Raya Malaysia. Walaupun mempunyai latar pendidikan dan pengalaman kerja yang berbeza, ia tidak mematahkan semangat beliau dalam mengusahakan Pusat Pengajian Al Quran beliau sendiri. 

Tahniah diucapkan kepada Tuan Hj Rozami Bin Abdul Rahman, Pengusaha dan Guru Al Quran Al Baghdadi Rawang Mutiara, Selangor Darul Ehsan. Semoga terus maju dan berjaya.

 

 logoagsb1

Kumpulan Al Baghdadi Merupakan Penyedia Platform Pendidikan Al Quran Tersohor di Malaysia pada abad ini.

Polisi & Penafian

Sila hubungi pegawai kami atau berhubung terus melalui email ke info@albaghdadigroup.com

Chat melalui WhatsApp
Close and go back to page
© 2023 Al Baghdadi Group Sdn Bhd