Tahniah! Artis juga turut mendalami Al Quran

Tahniah! Artis juga turut mendalami Al Quran

Pepatah Arab ada menyatakan: "مَنْ جَدَّ وَجَدَ" yang bermaksud "Sesiapa Yang Berusaha Pasti Akan Berjaya".

.
Perjalanan sebagai seorang anak seni disamping menggalas tanggungjawab sebagai seorang pensyarah bukanlah suatu yang mudah dan memerlukan komitmen yang amat tinggi. Berdepan dengan jadual yang padat setiap hari, tidak memutuskan semangat beliau untuk tetap meluangkan masa belajar Al Quran. Syukur alhamdulillah, akhirnya dapat juga khatam Al Quran 30 juzuk. Tahniah dan Syabas buat Vanidah Binti Imran atau lebih dikenali sebagai Vanidah Imran kerana menjadi salah satu teladan yang baik buat semua.
.
Kesibukkan bukanlah alasan untuk tidak belajar Al Quran.
.
Tahniah juga buat Norazah Mohd Sidi (Kak Zah) sebagai seorang guru yang sentiasa memberi dorongan dan inspirasi kepada anak murid. Teruskan berusaha agar lebih ramai lagi dapat belajar Al Quran serta mengenal kalam Allah. Semoga Allah memberkati umur Kak Zah serta dipermudahkan segala urusan didunia dan akhirat 

 logoagsb1

Kumpulan Al Baghdadi Merupakan Penyedia Platform Pendidikan Al Quran Tersohor di Malaysia pada abad ini.

Polisi & Penafian

Sila hubungi pegawai kami atau berhubung terus melalui email ke info@albaghdadigroup.com

Chat melalui WhatsApp
Close and go back to page
© 2023 Al Baghdadi Group Sdn Bhd