Program Jaulah Mesir dan Talaqqi Al Quran Bersanad

Program Jaulah Mesir dan Talaqqi Al Quran Bersanad

Jaulah Mesir merupakan sebuah program untuk mengajar orang ramai untuk membaca Al Quran dengan sanad yang betul bersama Sheikh yang diperakui di Mesir.

Untuk program yang pertama ini berjalan selama 12 hari dan alhamdulilah seramai 4 orang pelajar 1 orang pengiring untuk program Jaular Mesir ini. Program ini menyediakan tiket penerbangan, pengangkutan, makanan disediakan & sijil penyertaan. Selain dari pada membaca Al Quran Bersama Sheikh pelajar dapat melawat tempat-tempat yang menarik di Mesir seperti Masjid Al-Azhar, Maqam Imam As-Syafie, Kubu Sultan Solahuddin, City Stars Mall dan lain-lain lagi.

Alhamdulillah pada 21 Oktober 2022, kami telah menunggu ketibaan peserta yang telah selesai bagi program Jaulah Mesir dan Talaqqi Al Quran Bersanad. Syukran Jazilan kepada semua peserta. Semoga segala ilmu yang diperolehi dapat dimanfaat sebaik mungkin dan dapat menyebarluaskan kepada masyarakat. Semoga mendapat keredhaan Allah s.w.t. Amin Ya Rabb

Insha-allah program yang kedua akan menyusul tidak lama lagi. Jika ingin mengetahui lebih lanjut boleh terus hubungi 019-278 5747 (Cik Riena).

WhatsApp Image 2022 10 17 at 11.05.09 AM 1

WhatsApp Image 2022 10 17 at 11.05.10 AM

WhatsApp Image 2022 10 11 at 11.11.03 AM

 

 

 logoagsb1

Kumpulan Al Baghdadi Merupakan Penyedia Platform Pendidikan Al Quran Tersohor di Malaysia pada abad ini.

Polisi & Penafian

Sila hubungi pegawai kami atau berhubung terus melalui email ke info@albaghdadigroup.com

Chat melalui WhatsApp
Close and go back to page
© 2023 Al Baghdadi Group Sdn Bhd