Pesanan Dari Dekan Fakulti Pengajian Quran & Sunnah USIM

Pesanan Dari Dekan Fakulti Pengajian Quran & Sunnah USIM

Dekan Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, Profesor Madya Dr. Mohd Zohdi Bin Mohd Amin merupakan VVIP jemputan yang merasmikan Majlis Hari Aspirasi Al Baghdadi & Program Khatam Al Quran Perdana 2022 yang diadakan di Dewan Utama Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Di dalam ucapannya, beliau sangat kagum dengan usaha yang dibuat oleh Al Baghdadi yang diasaskan oleh Ustaz Qr Haji Jalaluddin Bin Haji Hassanuddin yang bermula sejak tahun 2009. Al Baghdadi yang menyediakan platform pembelajaran Al Quran dengan mewujudkan rangkaian pendidikan Al Quran pelbagai peringkat dari seawal dalam janin sehingga ke pusat tahfiz harian dan juga Sekolah Rendah Islam Integrasi menjadi satu fenomena baru dan menjadi satu Sistem Pembelajaran Al Quran sepanjang hayat. Ianya bukan satu perkara yang mudah untuk dilakukan dan memerlukan kegigihan dan usaha yang berterusan.

Beliau juga mengucapkan tahniah kerana Al Baghdadi telah menerima pelbagai pengiktirafan dari pelbagai pihak seperti The Malaysian Book Of Records dan dari pihak kerajaan. Merasa cemburu dengan guru Al Quran Al Baghdadi yang hadir , kerana guru Al Quran merupakan golongan yang sangat disanjung oleh Allah dan Rasulnya. Pahala jariah yang berterusan dari bacaan setiap huruf Al Quran pelajar-pelajar di ALC menjadi saham akhirat yang sangat menguntungkan.

Pihak Fakulti juga membuka ruang dan peluang kerjasama kepada Al Baghdadi untuk membina aplikasi pembelajaran Al Quran Teknik AlBaghdadi seiring dengan kesesuaian dan keperluan pendidikan generasi baru.

Selain daripada itu, Fakulti juga menawarkan kerjasama kepada Al Baghdadi Sijil Tahfiz Al Quran. Sijil yang terbahagi kepada Sijil Juz'i (1 juzuk) dan Sijil Khumasi (5 juzuk) boleh diberikan kepada pelajar Al Baghdadi yang berjaya menghafaz Al Quran dengan baik dan bermutu. ianya bukan sesuatu yang mustahil kerana AL Baghdadi memiliki satu kaedah yang sangat unik dalam menghafaz Al Quran yang diberi nama Teknik Hafazan Neuro Nadi yang telah mula digunakan pada tahun 2015 yang lalu.

 

dekan2

 logoagsb1

Kumpulan Al Baghdadi Merupakan Penyedia Platform Pendidikan Al Quran Tersohor di Malaysia pada abad ini.

Polisi & Penafian

Sila hubungi pegawai kami atau berhubung terus melalui email ke info@albaghdadigroup.com

Chat melalui WhatsApp
Close and go back to page
© 2023 Al Baghdadi Group Sdn Bhd