9 Tahun perjuangan pendidikan al Quran dibumi Kunak. Bermula 2014 di pekan kunak berhadapan pasar minggu, kemudian berpindah ke Taman Sri Idaman Simpang 4 pada tahun 2016 kemudian di uji dengan pandemik covid-19 pada tahun 2020 dan hampir sahaja memberhentikan operasi. Alhamdulillah pada bulan Julai lepas AlBaghdadi Kunak bertapak bangunan sendiri iaitu di Kg Getah.
Syukur Alhamdulillah, pada hari semalam, Pengiktirafan terbesar yang AlBaghdadi Kunak terima pada Hari Aspirasi AlBaghdadi di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
1. Anugerah Istiqamah bersama Al Baghdadi.
2. Anugerah Khidmat Bakti Cemerlang
3. Anugerah Khas Al Baghdadi
Alhamdulillah, terima kasih kepada semua warga AlBaghdadi Kunak dan juga para Alumni. Tanpa kalian, AlBaghdadi kunak tidak akan berdiri sehingga hari ini. Kami mengharapkan AlBaghdadi Kunak mampu melahirkan masyarakat yang celik Al Quran agar Kita sama² berjaya dunia akhirat. InsyaAllah.
Salam kasih,
Ustaz Wan Abd Muhaimin Bin Wan Saifulbahri
Ustazah Rosita Binti Hj Buwaethy
* sumber.. FB Al Baghdadi Group Official


