YAB bakal anjur program pembelajaran Alquran di Perkampungan Orang Asli

YAB bakal anjur program pembelajaran Alquran di Perkampungan Orang Asli

Yayasan Al Baghdadi akan menganjurkan 2 program Pembelajaran Al Quran di beberapa buah perkampungan orang Asli di negeri Selangor dan Perak. Program ini dalam rangka memberikan motivasi kepentingan belajar Al Quran sekaligus memperkenalkan Teknik Al Baghdadi sebagai salah satu method (cara) yang mudah untuk belajar asas membaca Al Quran dengan seronok malahan sangat berkesan.

Sumbangan serendah  RM 10 diperlukan untuk menjayakan program ini atau tajaan sebanyak RM100 bagi setiap penduduk Islam Orang Asli yang menyertai program ini. Setiap peserta akan diberi sijil penyertaan, buku modul dan jamuan makan disepanjang program dijalankan.

Seramai 200 orang asli telah mengesahkan kehadiran dan mereka terdiri dari pelbagai peringkat usia termasuk kanak-kanak,remaja dan dewasa. Sumbangan diperlukan segera bagi menjayakan program yang akan dilaksanakan di 2 lokasi iaitu di Batu 12 Gombak, Selangor dan di Sg Raba, Gerik Perak. <<  Sila Klik Di Sini >>

 

sedekahonline

 

mjusollah

Lokasi Program di Batu 12 Gombak

 

lokasi gerik

Lokasi Program di  Sg Raba, Gerik

 logoagsb1

Kumpulan Al Baghdadi Merupakan Penyedia Platform Pendidikan Al Quran Tersohor di Malaysia pada abad ini.

Polisi & Penafian

Sila hubungi pegawai kami atau berhubung terus melalui email ke info@albaghdadigroup.com

Chat melalui WhatsApp
Close and go back to page
© 2023 Al Baghdadi Group Sdn Bhd