Rancangan  Pengajaran Harian (RPH) Bakal Permudahkan Guru Al Quran Mengajar

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Bakal Permudahkan Guru Al Quran Mengajar

Satu bengkel penyusunan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Al Quran telah diadakan baru-baru ini di salah sebuah hotel di Ampang. Bengkel ini telah disertai oleh beberapa pengusaha rangkaian Al Baghdadi Learning Centre (ALC) yang juga berpengalaman mengajar Al Quran dengan menggunakan Teknik Al Baghdadi.

Piramid Pembelajaran Al Quran yang telah diperkenalkan oleh Pengasas Teknik Al Baghdadi Ustaz Qr Haji Jalaluddin Haji Hassanudddin pada sambutan Aidil Fitri yang lalu, merupakan pendekatan baru dalam sistem pendidikan Al Quran Al Baghdadi yang bakal dilaksanakan di semua Rangkaian ALC di seluruh negara mulai Januari 2023 nanti.

Apa yang istimewa dengan pendekatan baru ini, setiap pelajar yang belajar Al Quran di ALC akan mempelajari asas membaca dan menghafaz Al Quran. Ini mampu memberikan impak yang lebih baik kepada setiap pelajar dalam mempelajari Al Quran dan menghayatinya dalam masa yang sama. 

Berbeza dengan sebelum ini, pelajar hanya belajar asas membaca Al Quran sahaja, manakala untuk menghafaz Al Quran pula perlu mengikuti sesi yang lain. 

Langkah menyusun RPH ini bakal membantu lebih 1000 orang guru Al Quran Al Baghdadi di seluruh Malaysia yang sedang mengajar Al Quran .

b5

 

b1

 logoagsb1

Kumpulan Al Baghdadi Merupakan Penyedia Platform Pendidikan Al Quran Tersohor di Malaysia pada abad ini.

Polisi & Penafian

Sila hubungi pegawai kami atau berhubung terus melalui email ke info@albaghdadigroup.com

Chat melalui WhatsApp
Close and go back to page
© 2023 Al Baghdadi Group Sdn Bhd