Al Baghdadi Anjur Majlis Khatam Al Quran Perdana APC

Al Baghdadi Anjur Majlis Khatam Al Quran Perdana APC

Hampir 1000 orang ibubapa akan hadir ke Majlis Khatam Al Quran Perdana APC pada Sabtu 23 Julai ini yang bakal diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan.

Majlis Khatam Al Quran ini antara terbesar yang pernah dianjurkan dan ianya menjadi acara tahunan Al Baghdadi bagi membuktikan kejayaan Al Baghdadi dalam pendidikan Al Quran di peringkat awal kanak-kanak seusia 4 hingga 6 tahun. 

Seramai 246 orang kanak-kanak APC dari 103 buah Tadika Al baghdadi Playtime Centre (APC) seluruh negara menyertai majlis ini dan khatam Al Quran secara rasmi.

Khatam Al Quran bukanlah menjadi sasaran utama pendidikan Al Quran di APC kerana KPI utama nya ialah murid-murid boleh membaca Al Quran sebelum masuk ke darjah 1. Namun ianya menjadi satu kelebihan kepada murid yang berjaya mengkhatamkan Al Quran kerana ianya menjadi petanda bahawa mereka telah berupaya membaca dengan lancar sebelum tamat persekolahan di APC. Malahan Ia juga menjadi satu kegembiraan buat guru dan ibu bapa yang telah menghantar anak mereka ke APC.

Majlis akan dirasmikan oleh Profesor Madya Dr Khairul Anuar Bin Mohamad, Pensyarah Kanan Fakulti Al Quran & Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

IMG 20220720 WA0001

 logoagsb1

Kumpulan Al Baghdadi Merupakan Penyedia Platform Pendidikan Al Quran Tersohor di Malaysia pada abad ini.

Polisi & Penafian

Sila hubungi pegawai kami atau berhubung terus melalui email ke info@albaghdadigroup.com

Chat melalui WhatsApp
Close and go back to page
© 2023 Al Baghdadi Group Sdn Bhd