Al Baghdadi Ceburi Bidang Ilmu Matematik

Al Baghdadi yang sinonim dengan teknik pembelajaran asas membaca Al Quran yang mudah dan praktikal kini mula menceburi bidang ilmu Matematik dengan menjalin kerjasama dengan Pentagon Math.

Pentagon Math merupakan satu teknik mengira secara congak dengan memperkenalkan pelbagai teknik mengira hasil tambah,tolak darab dan bahagi. Sebelum ini Pentagon Math banyak digunakan di sekolah-sekolah di negara Brunei Darus Salam sejak tahun 2011.

Pada tahun 2018 pula telah menembusi pasaran Indonesia dengan menjadi jemputan di beberapa buah universiti di Sumatera, Indonesia

Pengasas dan Coach Pentagon Math, En. Sulaiman Syah Ab Rahman (Che Man) berkata, anak-anak melayu di Malaysia kurang berminat dengan ilmu matematik kerana pelbagai faktor, diantaranya ialah cara mengira yang agak sukar. Kini dengan teknik mengira Pentagon Math yang mudah dan menarik, diyakini akan menarik lebih ramai anak-anak mempelajari dan menguasai ilmu matematik.

Al Baghdadi telah merancang untuk mengembangkan teknik pengiraan ini dengan mengajak masyarakat membuka centre Matematik di seluruh negara. Ia bakal memberi peluang pekerjaan kepada usahawan baru seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang bijak matematik.

 logoagsb1

Kumpulan Al Baghdadi Merupakan Penyedia Platform Pendidikan Al Quran Tersohor di Malaysia pada abad ini.

Polisi & Penafian

Sila hubungi pegawai kami atau berhubung terus melalui email ke info@albaghdadigroup.com

Chat melalui WhatsApp
Close and go back to page
© 2023 Al Baghdadi Group Sdn Bhd