Al Baghdadi Perkenal Piramid Pembelajaran Al Quran

Setelah 13 tahun Teknik Al Baghdadi diperkenalkan serta digunakan di lebih 1000 buah pusat pembelajaran Al Quran diseluruh Malaysia, kini Pengasas Teknik Al Baghdadi ustaz Qr Haji Jalaluddin Haji Hassanuddin kini telah memperkenalkan PIRAMID Pembelajaran Al Quran . Ia merupakan strategi pelaksanaan pembelajaran Al Quran yang lebih komprehensif, jitu dan bersepadu dengan menerapkan hafazan alquran dari awal mula pembelajaran Al Quran.

Terdapat 5 tahap pembelajaran Al Quran di seluruh Rangkaian Pusat Pembelajaran Al Baghdadi (Al Baghdadi Learning Centre). Ianya akan melonjakkan keupayaan membaca Al Quran di kalangan pelajar Al Quran

Tahap 1 ( Tempoh 6 bulan ) : Pembelajaran Asas Membaca + Hafazan Al Quran

Tahap 2 ( Tempoh 6 bulan ) : Pembelajaran Asas Tajwid + Talaqqi Am Juzuk 30 + Hafazan Al Quran

Tahap 3 ( Tempoh 18 bulan ) : Pembelajaran Tajwid Lanjutan + Talaqqi AM 30 juzuk + Hafazan Al Quran

Tahap 4 ( Tempoh 6 bulan ) : Talaqqi Khas 30 Juzuk + Hafazan Al Quran

Tahap 5 ( Tempoh 1 bulan ) : Talaqqi Sanad 30 Juzuk di Akademi Al Baghdadi

Dalam satu majlis yang ringkas bersempena dengan Majlis Hari Terbuka Hari Raya 2022 yang diadakan pada 28 mei lalu, taklimat dan pelancaran Piramid pembelajaran Al Quran disaksikan oleh lebih dari 100 orang peserta.

piramid1 1024x683

 logoagsb1

Kumpulan Al Baghdadi Merupakan Penyedia Platform Pendidikan Al Quran Tersohor di Malaysia pada abad ini.

Polisi & Penafian

Sila hubungi pegawai kami atau berhubung terus melalui email ke info@albaghdadigroup.com

Chat melalui WhatsApp
Close and go back to page
© 2023 Al Baghdadi Group Sdn Bhd