Seramai 95 orang telah hadir ke Kursus Perunding Teknik Al Baghdadi baru-baru ini yang diadakan di Masjid Al Khairiah Taman Sri Gombak. Mereka terdiri dari peserta Ibadah Qurban Annahar Management dan juga pemenang hadiah rancangan Madrasah di TV Hijrah tajaan Al Baghdadi. Pengasas Teknik Al Baghdadi, Ustaz Qr Jalaluddin Bin Hj Hassanuddin Al Baghdadi berkesempatan bersama peserta pada hari kedua dengan berkongsikan teknik senaman Al Baghdadi dan juga maklumat eplancaran program terbaru Al Baghdadi iaitu Taska Al Quran Al Baghdadi dan juga SRI Nadi Al baghdadi yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Lagi gambar sila klik di sini