https://albaghdadigroup.com/media/com_jbusinessdirectory/pictures/companies/623/tadika-cahaya-permataku_1630979753.jpeg
  • APC
  • APC TONGKANG PECHAH

APC TONGKANG PECHAH Claimed

MEMBINA GENERASI GENIUS ALQURAN

Map Location

Close map(X)

Description

Pra Sekolah Pilihan Ibu Bapa Muslim Masa Kini di Tongkang Pechah, Batu Pahat dan sekitarnya. Mengutamakan pendidikan Al Quran disamping pembelajaran asas akademik yang menepati Kurikulum KSPK Kementerian Pelajaran.

480px logo APC 2020

 

Apa itu Al Baghdadi Playtime Centre?

Al- Baghdadi Playtime Centre (APC) merupakan sebuah program prasekolah berasaskan Al-Quran yang dirangka khusus bagi memenuhi keperluan pendidikan Islam semasa. APC menerapkan 50% pembelajaran Al Quran dalam sesi pembelajaran. APC dihasilkan berteraskan 2 program utama Al-Baghdadi iaitu Teknik Al-Baghdadi ( Asas Bacaan Al-Quran) dan NADI Al-Baghdadi ( Hafazan Al-Quran Al-Baghdadi) Yang memenuhi 50% pembelajaran di APC. APC juga menerapkan  pembelajaran Akademik seperti Teras BAHASA, Teras Kognitif dan Teras Akhlak yang menepati Kurikulum  Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

teras belajar

Latar Belakang Pra Sekolah APC

Pendidikan prasekolah Al-Quran dan Pra Tahfiz Nadi Al-Baghdadi adalah satu usaha berterusan ke arah membina generasi Al-Quran yang mampu mempelajari Al-Quran seawal usia empat tahun dengan meningkatkan keupayaan MEMBACA, MENGHAFAZ dan MEMAHAMI ayat Al-Quran dengan teknik yang Inovatif, kreatif dan menyeronokkan. Teknik Al-Baghdadi telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book Of Records serta terpilih sebagai Finalis Anugerah Inovasi Negara 2013.

 anugerah800x200

Kata-Kata Aluan Pengerusi APC

731212016215

 Assalamualaikum wbt. Maha Suci Allah SWT yang menciptakan anak-anak yang mempunyai sifat yang ingin tahu dan ingin bermain. Saya Ustaz Hj. Mohd Arafat  amat gembira  kerana anda memilih untuk singgah di laman web kami ini. Kami di APC Tongkang Pechah  adalah salah sebuah Tadika Al-Quran Al Baghdadi Playtime Centre yang telah beroperasi di Tongkang Pechah, Batu Pahat. Kami mempunyai 4 orang guru yang terlatih bagi membentuk anak-anak anda menjadi seorang anak yang berakhlak mulia berteraskan tunjang Al-Quran yang kami tekankan di dalam tadika ini. Alhamdulillah feedback yang diberi kepada Tadika kami ini sangat positif dan ramai ibu-bapa berpuas hati menghantar anak mereka di tadika kami.

 Ucapan Pengurus APC

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Ilahi kerana telah dipilih untuk menerajui pendidikan awal kanak-kanak ini. Sesungguhnya peranan dan amanah ini amat besar untuk dipikul dan  dilaksanakan. Namun begitu, menjadi kewajipan untuk mendidik anak-anak masa kini menjadi generasi celik Al-Quran, celik mebaca dan berakhlak mulia. Sokongan dan kerjasama dari semua pihak amat dialu-alukan dalam mencapai matlamat ini- Ustazah Norfaezah Binti Abdul Karim.

baru2

 

Apa yang anak akan rasai di APC?

1. Anak APC Akan Seronok Belajar

APC menekankan proses pembelajaran seronok dengan pendekatan bermain sambil belajar secara berkumpulan.

2. Anak APC Akan Capai Fokus Yang Tinggi

Proses pembelajaran dengan guna betul-betul otak kiri dan otak kanan seperti Alat ketuk, membantu pelajar memberi tumpuan untuk jangka masa yang lama.

3. Anak APC akan Berpotensi Jadi GENIUS

Penggunaan otak kanan dan otak kiri digabung jalinkan dalam pembelajaran di APC. Sesi pembelajaran memaksimumkan kedua-dua dan kajian menunjukkan ia berpotensi melahirkan ciri2 genius anak.

4. Anak APC Belajar Modul Pembelajaran Lengkap

Modul Pembelajaran yang lengkap termasuk Al Quran, keperluan Bahasa, Kognitif dan Akhlak yang penting untuk pembangunan awal anak-anak sebelum ke sekolah.

teras pembelajaran

 

Apa yang anak akan belajar di APC?

7 Tunjang yang terkandung di dalam Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan akan diterapkan di dalam APC disamping pelaksanaan Modul Al Quran yang telah disusun oleh Al Baghdadi. 

1. Pandai Baca & Hafal Al Quran

Fokus kepada pembelajaran asas Al Quran dan Hafazan dengan memanfaatkan 2 kaedah utama iaitu Teknik Al Baghdadi dan Nadi Al Baghdadi.

2. Pandai Baca Bahasa Melayu, English, Jawi & Bahasa Arab

Fokus kepada Bahasa kerana ia menjadi keutamaan dalam pembangunan anak-anak dan ia merangkumi Jom Baca Rumi, Jom Baca Jawi, Let’s Read dan Hayya Naqra.

3. Pandai Kira, Bijak Sains dan jadi kreatif!

Teras kognitif meningkatkan daya kreativiti dan keupayaan minda anak-anak APC. Pengukuhan ayat-ayat Al Quran melalui subjek Jom Kaji, Jom Kira dan Jom kreatif  mengaktifkan keupayaan otak kanan dan kiri mereka.

4. Anak terbentuk menjadi soleh solehah.

Teras Akhlak merangkumi Jom Amal, Jom Iman dan Jom Ibadah iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran yang bakal mengisi rohani anak-anak APC dengan iman yang menjadi benteng akidah mereka.

CONTOH-CONTOH BUKU DIGITAL 

bukuapc

Klik Untuk Buku Digital 4 Tahun

Klik Untuk Buku Digital 5 Tahun

Klik Untuk Buku Digital 6 Tahun

KUIZ E-APC

 

images 2 

 

BANNER 2022

 

KLIKSINI

 

Testimonials

Price List

Kelas 4 tahun
Kelas 4 tahun

1. 8.00 pg - 12.30 tgh 2. 8.00 pg - 3.00 ptg 3. 8.00 pg - 5.00 ptg

MYR 0.00

Team

Directors
Tn. Hj. Mohd Arafat Bin Jaafar
Pengerusi
Ustazah Norfaezah Binti Abdul Karim
Pengurus & Guru
Team
Nor Afiqah Binti Rahmat
Guru
Siti Nadiah Binti Makhtar
Guru

BUSINESS REVIEWS

0 Review

0.0 average based on 0 Reviews


5 Star
0
4 Star
0
3 Star
0
2 Star
0
1 Star
0

There are no reviews at the moment

Write a review


*Please Note: In order to verify the legitimacy of any reviews we publish, we require evidence of your contract with this business. Any proof of purchase documents you upload will be for the purposes of verifying this review, and will not be published on our website

Add Files..

I confirm that the information submitted here is true and accurate. I confirm that I do not work for, am not in competition with and am not related to this service provider.
By continuing, I agree with the Terms & Conditions.

No. 1 Jalan Kangkung, Taman Anggerik, Tongkang Pechah, Batu Pahat, 83010, Batu Pahat, Johor
Opening hours
GMT +08:00
Monday
08:00 AM - 12:30 PM
02:00 PM - 05:00 PM
Tuesday
08:00 AM - 12:30 PM
02:00 PM - 05:00 PM
Wednesday
08:00 AM - 12:30 PM
02:00 PM - 05:00 PM
Thursday
08:00 AM - 12:30 PM
02:00 PM - 05:00 PM
Friday
Closed
Saturday
Closed
Sunday
08:00 AM - 12:30 PM
02:00 PM - 05:00 PM
*Sesi Pembelajaran* 1) 8.00am hingga 5.00pm 2) 8.00am hingga 3.00pm 3) 8.00am hingga 12.00pm

Contact Persons

Pengerusi
Tuan Hj. Mohd Arafat Bin Jaafar
Pengurus
Norfaezah Binti Abdul Karim

Memberships

zammiluuni

 logoagsb1

Kumpulan Al Baghdadi Merupakan Penyedia Platform Pendidikan Al Quran Tersohor di Malaysia pada abad ini.

Polisi & Penafian

Sila hubungi pegawai kami atau berhubung terus melalui email ke info@albaghdadigroup.com

Chat melalui WhatsApp
Close and go back to page
© 2023 Al Baghdadi Group Sdn Bhd