https://albaghdadigroup.com/media/com_jbusinessdirectory/pictures/companies/619/apc-cempaka-sari-banting_1631085607.jpeg
  • APC
  • Tadika Apc Cempaka Sari Banting

Tadika Apc Cempaka Sari Banting Claimed

Marilah menuju kejayaan, AlQuran peneraju ummah.

Map Location

Close map(X)

Description

cropped assalamualaikum

 

Prasekolah Al-Quran pilihan iba bapa muslim masa kini di Bangi Avenue dan sekitarnya. Mengutamakan Pendidikan Al-Quran dan Hafazan disamping Mempelajari Akademik yang menepati Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

images

 SELAMAT DATANG KE

ALBAGHDADI PLAYTIME CENTRE 

 

Apa itu Al Baghdadi Playtime Centre?

Al-Baghdadi Playtime Centre (APC) merupakan sebuah program prasekolah berasaskan Al-Quran yang dirangka khusus bagi memenuhi keperluan pendidikan Islam semasa. APC menerapkan 50% pembelajaran Al Quran dalam sesi pembelajaran APC dihasilkan berteraskan 2 program utama Al-Baghdadi iaitu Teknik Al-Baghdadi (Asas Bacaan Al-Quran) dan NADI Al-Baghdadi ( Hafazan Al-Quran Al-Baghdadi) Yang memenuhi 50% pembelajaran di APC. APC juga menerapkan pembelajaran Akademik seperti Teras BAHASA, Teras Kognitif dan Teras Akhlak yang menepati Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

WhatsApp Image 2020 07 27 at 4.22.01 PM

 

Latar Belakang Pra Sekolah APC 

Pendidikan prasekola Al-Quran dan Pra Tahfiz Nadi Al-Baghdadi adalah satu usaha berterusan ke arah membina generasi Al-Quran yang mampu mempelajari Al-Quran seawal usia empat tahun dengan meningkatkan keupayaan MEMBACA, MENGHAFAZ dan MEMAHAMI ayat Al-Quran dengan teknik yang inovatif, kreatif dan menyeronokkan. Teknik Al-Baghdadi telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book Of Records serta terpilih sebagai Finalis Anugerah Inovasi Negara 2013.

anugerah

 

Kata-Kata Aluan Pengusaha / Pengerusi APC CEMPAKA SARI BANTING

photo 2022 08 09 10 21 59Assalamualaikum wbt. Maha Suci Allah SWT yang menciptakan anak-anak yang mempunyai sifat yang ingin tahu dan ingin bermain. Saya Pn. Faridah binti Hj Ismail @ Tusino tersangatlah gembira sekali kerana anda memilih untuk singgah di laman web kami ini. APC Cempaka Sari Banting adalah salah sebuah Tadika Al-Quran Al Baghdadi Playtime Centre yang telah berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atas nama Tadika Cendekia Sri Melor bermula pada tahun 2016. Tadika kami beroperasi di No. 2 Jalan Cempaka Sari 11, Taman Cempaka 42700 Banting, Selangor. Kami mempunyai 4 orang Staff dan guru-guru yang terlatih bagi membentuk anak-anak anda menjadi seorang anak yang berakhlak mulia berteraskan tunjang Al-Quran yang kami tekankan di dalam tadika ini. Alhamdulillah feedback yang diberi kepada Tadika kami ini sangat positif dan ramai ibu-bapa berpuas hati menghantar anak mereka di tadika kami.

 

Apa yang anak akan rasai di APC?

 

1. Anak APC Akan Seronok Belajar

APC menekankan proses pembelajaran seronok dengan pendekatan bermain sambil belajar secara berkumpulan.

2. Anak APC Akan Capai Fokus Yang Tinggi

Proses pembelajaran dengan guna betul-betul otak kiri dan otak kanan seperti Alat ketuk, membantu pelajar memberi tumpuan untuk jangka masa yang lama.

3. Anak APC akan Berpotensi Jadi GENIUS

Penggunaan otak kanan dan otak kiri digabung jalinkan dalam pembelajaran di APC. Sesi pembelajaran memaksimumkan kedua-dua dan kajian menunjukkan ia berpotensi melahirkan ciri2 genius anak.

4. Anak APC Belajar Modul Pembelajaran Lengkap

Modul Pembelajaran yang lengkap termasuk Al Quran, keperluan Bahasa, Kognitif dan Akhlak yang penting untuk pembangunan awal anak-anak sebelum ke sekolah.

download

Apa yang anak akan belajar di APC?

7 Tunjang yang terkandung di dalam Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan akan diterapkan di dalam APC disamping pelaksanaan Modul Al Quran yang telah disusun oleh Al Baghdadi. 

1. Pandai Baca & Hafal Al Quran

Fokus kepada pembelajaran asas Al Quran dan Hafazan dengan memanfaatkan 2 kaedah utama iaitu Teknik Al Baghdadi dan Nadi Al Baghdadi.

2. Pandai Baca Bahasa Melayu, English, Jawi & Bahasa Arab

Fokus kepada Bahasa kerana ia menjadi keutamaan dalam pembangunan anak-anak dan ia merangkumi Jom Baca Rumi, Jom Baca Jawi, Let’s Read dan Hayya Naqra.

3. Pandai Kira, Bijak Sains dan jadi kreatif!

Teras kognitif meningkatkan daya kreativiti dan keupayaan minda anak-anak APC. Pengukuhan ayat-ayat Al Quran melalui subjek Jom Kaji, Jom Kira dan Jom kreatif  mengaktifkan keupayaan otak kanan dan kiri mereka.

4. Anak terbentuk menjadi soleh solehah.

Teras Akhlak merangkumi Jom Amal, Jom Iman dan Jom Ibadah iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran yang bakal mengisi rohani anak-anak APC dengan iman yang menjadi benteng akidah mereka.

 

CONTOH-CONTOH BUKU DIGITAL 

 

2  3  1 


JOM MAIN KUIZ APC BERSAMA! 

 

Nikmati PROMOSI REBAT & DISKAUN Untuk Pendaftaran Sesi 2023.......

 

 

 photo_2022-08-09_10-04-42.jpg

 2 

  

 

 

 

Videos

Team

Directors
PUAN FARIDAH BINTI HAJI ISMAIL
PENGUSAHA APC CEMPAKA SARI

BUSINESS REVIEWS

0 Review

0.0 average based on 0 Reviews


5 Star
0
4 Star
0
3 Star
0
2 Star
0
1 Star
0

There are no reviews at the moment

Write a review


*Please Note: In order to verify the legitimacy of any reviews we publish, we require evidence of your contract with this business. Any proof of purchase documents you upload will be for the purposes of verifying this review, and will not be published on our website

Add Files..

I confirm that the information submitted here is true and accurate. I confirm that I do not work for, am not in competition with and am not related to this service provider.
By continuing, I agree with the Terms & Conditions.

2 Jalan Cempaka Sari 11, Taman Cempaka, 42700, Selangor
Opening hours
GMT +08:00
Monday
07:00 AM - 06:00 PM
Tuesday
07:00 AM - 06:00 PM
Wednesday
07:00 AM - 06:00 PM
Thursday
07:00 AM - 06:00 PM
Friday
07:00 AM - 06:00 PM
Saturday
Closed
Sunday
Closed

Contact Persons

Pengusaha Tadika
Pn Faridah binti Hj Ismail

Product certifications


Memberships

zammiluuni

 logoagsb1

Kumpulan Al Baghdadi Merupakan Penyedia Platform Pendidikan Al Quran Tersohor di Malaysia pada abad ini.

Polisi & Penafian

Sila hubungi pegawai kami atau berhubung terus melalui email ke info@albaghdadigroup.com

Chat melalui WhatsApp
Close and go back to page
© 2023 Al Baghdadi Group Sdn Bhd