SELAMAT DATANG KE
ALBAGHDADI LEARNING CENTRE KEPAYAN
Bersyukur kita kepada Allah atas segala nikmat kurniaanNya kepada kita yang telah memilih untuk menjadi seorang
Muslim dan juga Umat Muhammad s.a.w. AL Quran yang kita warisi sejak lebih 1400 tahun dahulu masih tetap utuh dan kekal sehingga hari kiamat nanti. Terpanggil untuk meneruskan dakwah Baginda Rasulullah dalam menyampaikan kebenaran melalui kitab suci ini, bermula dengan mempelajari cara membaca dengan betul, memahami dan mengamalkan dalam kehidupan seharian. Kami bersedia membantu masyarakat umat Islam untuk mempelajari Al Quran dengan cara yang unik , menyeronokkan dan berkesan melalui Teknik Al Baghdadi.
3 PERINGKAT BELAJAR AL QURAN
Kelas Mengaji Al Quran yang kami sediakan melalui 3 peringkat iaitu Asas, Pertengahan dan Lanjutan
KELAS ASAS ( 12 SESI ) >> KLIK CONTOH BUKU MODUL<<
Setiap pelajar akan mempelajari 6 kemahiran asas membaca Al Quran seperti di dalam gambar disebelah ini. Setiap kemahiran akan dibentuk melalui aktiviti pembelajaran secara individu dan secara kumpulan. Latih tubi turut dipraktiskan di sepanjang sesi pembelajaran.
Setiap sesi pembelajaran mengambil masa 2 jam yang tidak dirasakan. Kerana aktiviti pembelajaran Al Baghdadi menitikberatkan penggunaan alat bantu pembelajaran yang dipanggil "ALAT KETUK'.
Pendekatan membaca secara beramai-ramai dapat mengelakkan rasa malu dan segan dikalangan pelajar baik kanak-kanak mahupun dewasa. Teknik ini telah terbukti MUDAH, MENYERONOKKAN DAN SANGAT BERKESAN.
KELAS PERTENGAHAN ( 12 SESI ) >> KLIK CONTOH BUKU MODUL<<
KELAS LANJUTAN (60 SESI)
KELAS TAJWID SELAMA 3 BULAN, SETIAP HARI ISNIN (8MLM-10MLM). MEMPELAJARI ASAS TAJWID…
KELAS ASAS MENGAJI BAGI DEWASA, TEMPOH PENGAJIAN SELAMA 3 BULAN, SETIAP HARI SELASA (8mlm-10mlm).
Keistimewaan APC Kami
KELAS MENGAJI KANAK-KANAK BERUMUR 7 TAHUN KE ATAS. KELAS AKAN DIMULAKAN DENGAN KELAS ASAS…
Kumpulan Al Baghdadi Merupakan Penyedia Platform Pendidikan Al Quran Tersohor di Malaysia pada abad ini.
Sila hubungi pegawai kami atau berhubung terus melalui email ke info@albaghdadigroup.com