SELAMAT DATANG KE
ALBAGHDADI LEARNING CENTRE DESA PANDAN
Kata kata Aluan …..
Assalamualaikum wbt…. Warga Pandan, Ampang dan Keramat.
Nurrizq Education Sdn Bhd (1265438 - U) merupakan pemilik kepada Pusat Pengajian Al Quran untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa yang terletak di Desa Pandan, Kuala Lumpur.
Pusat Pengajian Al Quran ini telah ditubuhkan semenjak tahun 2015 dan alhamdulilah telah dapat membantu ramai individu dewasa, warga tua dan kanak - kanak mempelajari Al Quran dari peringkat asas sehingga berkebolehan untuk membaca kitab suci Al Quran menerusi Program Smart Al Quran dengan menggunakan Teknik Al Baghdadi.
Kami juga bergerak aktif menawarkan Program Smart Al Quran ini di institusi – institusi korporat, badan berkanun, pertubuhan - pertubuhan dan syarikat swasta bagi membantu golongan pekerja untuk mempelajari Al Quran di pejabat mereka.
Penggunaan Teknik Al Baghdadi ini menjadi pilihan dari pelbagai golongan terutamanya di peringkat dewasa kerana ianya diajar secara santai dan mudah difahami serta pendekatan mesra pelajar ( belajar secara beramai – ramai dan ustaz tak tanya sorang -sorang ). Pendekatan ini menjadikan tiada tekanan semasa proses pembelajaran seperti dahulu dan membuat kelas yang berjalan selama 2 jam bagi setiap sesi tidak dirasai.
Kini ….. Semua orang boleh mempelajari Al Quran kerana ianya telah direkabentuk bermula dari tempat pembelajaran yang selesa, silibus yang komprehensif serta peruntukan masa yang singkat ( Kelas seminggu sekali je …. ).
Semoga Al Baghdadi Desa Pandan Ini akan menjadi pilihan untuk menjadi prasarana pertemuan di antara guru dengan tuan/puan dan anak - anak untuk mempelajari Al Quran.
![]()
- Pusat Pembelajaran Al Quran untuk semua peringkat dari kanak – kanak sehingga dewasa.
- Belajar secara beramai – ramai dan Ustaz tak akan tanya sorang – sorang …..
- Kaedah yang mudah difahami dan terbukti berkesan.
- Proses pembelajaran yang lebih professional.
- Penggunaaan Modul dan teknik yang tersendiri.
- Guru yang berpengalaman dan memiliki tauliah dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI )
- Tempat pembelajaran yang selesa berhawa dingin dilengkapi peralatan bantu mengajar seperti projector dan lain-lain.
- Kawasan tempat letak kereta yang banyak.
INFO KELAS
3 PERINGKAT BELAJAR AL QURAN
Kelas Mengaji Al Quran yang kami sediakan melalui 3 peringkat iaitu Asas, Pertengahan dan Lanjutan
TAMHID ( 16 SESI ) >> KLIK CONTOH BUKU MODUL<<
Kelas asas dari pengenalan huruf Hijaiyyah ( ا , ب , ت ) serta 336 bunyi yang keluar apabila huruf hijaiyyah ini berbaris ( atas, bawah, hadapan dan tanwin ), bacaan mad, sukun dan sabdu.
KELAS- KELAS YANG DTAWARKAN
- Kelas Asas Tamhid Kanak – Kanak
- Kelas Asas Tamhid Dewasa
- Kelas Asas Tamhid Warga Emas / Pencen / Suri rumah
- Kelas Asas Tamhid Kanak – Kanak Petang
APA YANG DIPELAJARI ?
Setiap pelajar akan mempelajari 6 kemahiran asas membaca Al Quran seperti di dalam gambar disebelah ini. Setiap kemahiran akan dibentuk melalui aktiviti pembelajaran secara individu dan secara kumpulan. Latih tubi turut dipraktiskan di sepanjang sesi pembelajaran.
Setiap sesi pembelajaran mengambil masa 2 jam yang tidak dirasakan. Kerana aktiviti pembelajaran Al Baghdadi menitikberatkan penggunaan alat bantu pembelajaran yang dipanggil "ALAT KETUK'.
Pendekatan membaca secara beramai-ramai dapat mengelakkan rasa malu dan segan dikalangan pelajar baik kanak-kanak mahupun dewasa. Teknik ini telah terbukti MUDAH, MENYERONOKKAN DAN SANGAT BERKESAN.
![]()
TAJWID ( 16 SESI ) >> KLIK CONTOH BUKU MODUL<<
Kelas Pengenalan asas tajwid bermula dari makhraj huruf, teknik bacaan dan cara – cara menyebut perubahan bacaan yang terhasil dari pertemuan sesuatu huruf, tanda - tanda bacaan yang terdapat di dalam Al Quran dan latih tubi bacaan Al Quran secara satu persatu dan terperinci untuk setiap ayat dari Ayat 1 -15 Surah Al Mulk.
KELAS - KELAS YANG DTAWARKAN
- Kelas Pra Talaqqi Kanak – Kanak
- Kelas Tajwid dan Pra Talaqqi Dewasa
- Kelas Tajwid dan Pra Talaqqi Warga Emas / Pencen / Suri rumah
- Kelas Pra Talaqqi Kanak - Kanak Petang
![]()
PRA TALAQQI ( 16 SESI )
Kelas bacaan Al Quran secara perlahan dan berulang – ulang berserta tajwid yang betul dari surah – surah pilihan yang dapat dijadikan surah amalan harian.
KELAS - KELAS YANG DTAWARKAN
- Kelas Talaqqi Juz ‘Amma Kanak – Kanak
- Kelas Talaqqi Surah Pilihan Dewasa
- Kelas Talaqqi Surah Pilihan Warga Emas / Pencen / Suri rumah
- Kelas Talaqqi Juz ‘Amma Kanak - Kanak Petang
TALAQQI AM – TAHAP 1
Kelas Bimbingan bacaan Al Quran secara perlahan ( Al Tartil )
KELAS - KELAS YANG DTAWARKAN
- Kelas Talaqqi Tartil Kanak – Kanak
- Kelas Talaqqi Tartil Dewasa
- Kelas Talaqqi Tartil Warga Emas / Pencen / Suri rumah
- Kelas Talaqqi Tartil Kanak - Kanak Petang
TALAQQI AM – TAHAP 2
Kelas Bimbingan bacaan Al Quran secara sederhana laju ( At Tadwir )
KELAS - KELAS YANG DTAWARKAN
- Kelas Talaqqi Tadwir Kanak – Kanak
- Kelas Talaqqi Tadwir Dewasa
- Kelas Talaqqi Tadwir Warga Emas / Pencen / Suri rumah
- Kelas Talaqqi Tadwir Kanak - Kanak Petang
TALAQQI KHAS
Kelas bacaan Al Quran bagi memperdengarkan bacaan Al Quran 30 Juzuk secara berseorangan atau dalam kumpulan kecil ( Maksima 3 Orang ) untuk disemak oleh guru.
KELAS - KELAS YANG DTAWARKAN
- Kelas Talaqqi Khas Kanak – Kanak
- Kelas Talaqqi Khas Dewasa
- Kelas Talaqqi Khas Warga Emas / Pencen / Suri rumah
- Kelas Talaqqi Khas Kanak - Kanak Petang
TALAQQI SANAD
Kelas bacaan Al Quran untuk dianugerahkan sanad bacaan kepada individu yang telah mahir membaca Al Quran .
KELAS YANG DTAWARKAN
- Kelas Talaqqi Sanad Dewasa
Untuk mendapatkan DISKAUN bayaran, sila PM kami
Untuk mendapatkan DISKAUN bayaran, sila PM kami
Untuk mendapatkan DISKAUN bayaran, sila PM kami
Untuk mendapatkan DISKAUN bayaran, sila PM kami
Kumpulan Al Baghdadi Merupakan Penyedia Platform Pendidikan Al Quran Tersohor di Malaysia pada abad ini.
Sila hubungi pegawai kami atau berhubung terus melalui email ke info@albaghdadigroup.com